facebook
^Back To Top
  • 1 DMDI UK launch event
    DMDI UK launch event
  • 2 DMDI UK launch event
    DMDI UK launch event
  • 3 DMDI UK launch event
    DMDI UK launch event
  • 4 DMDI UK launch event.
    DMDI UK launch event
  • 5 DMDI UK launch event
    DMDI UK launch event

  
  
  
Thursday, 22 December 2016 18:13

Bawa suara umat Islam Rohingya ke Komanwel

Mohd Ali Rustam (tengah) menyerahkan replika cek.

 

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) akan bersama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) membawa suara umat Islam Rohingya ke Sekretariat Komanwel di London.

Pengerusi Serantau Muslin, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, tujuannya adalah untuk menyerahkan memorandum agar Sekretariat Komanwel mengambil serius dan bertindak menamatkan kemelut yang berlaku.

Antara lain, katanya, memorandum tersebut mendesak negara jiran Myanmar iaitu Bangladesh membuka pintu sempadan dan menyediakan kem pelarian untuk umat Islam Rohingya.

"Kami akan ke Sekretariat Komanwel bersama DMDI yang diketuai oleh Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam membawa suara saudara kita di Arakan.

"Ini adalah satu lagi usaha bagi membebaskan nasib umat Islam Rohingya yang dibelenggu kezaliman tidak berperikemanusiaan ketika ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan Bantuan Kemanusiaan Rohingya di Kuala Lumpur semalam.

Sumbangan tersebut diagihkan kepada tiga buah tabung iaitu Food Flotilla For Myanmar melalui Majlis Ulamak Rohingya (MUR) sebanyak RM5000 dan masing-masing RM3200 kepada Tabung Berita Harian dan Utusan.

Menurut beliau, Serantau Muslim akan bekerjasama secara serius dengan DMDI dalam usaha membela nasib umat Islam Rohingya.

Katanya, beberapa perancangan lain yang akan dilaksanakan selain mengumpul sumbangan orang ramai yang simpati terhadap apa yang berlaku.

Sebelum itu, Presiden DMDI, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam dalam sidang medianya merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberikan sokongan terhadap usaha yang digerakkan dalam memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya.

Kata beliau, usaha yang digerakkan demi saudara seakidah kita di Arakan, Myanmar ini mendapat sokongan daripada ramai pihak, ini termasuklah persetujuan tiga buah syarikat restoran nasi kandar terkemuka iaitu Restoran Nasi Kandar Nasmir, Restoran Nasi Kandar Subaidah dan Restoran Nasi Kandar Anandur untuk membuka Tabung Kemanusiaan Rohingya di seluruh rangkaian di Malaysia secara serentak hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menggesa kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sekretariat Komanwel, dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar mengisytiharkan 2017 sebagai Tahun Solidariti Rohingya.

Cadangan tersebut tegasnya akan dikemukakan kepada Sidang OIC yang berlangsung minggu hadapan.

 

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/bawa-suara-umat-islam-rohingya-ke-komanwel-1.601716

Advertisement

Links

Melayu UK

 

DMDI

 

Education Malaysia

Copyright © 2015 - 2016 DMDI UK